Usaha, Doa dan Tawakal.

Allah telah menentukan sesuatu yg terjadi ke atas hamba-Nya. Tapi jikalau apa yg ditentukan-Nya itu bukanlah sesuatu yg kita kehendaki, maka janganlah kita bersedih serta berdukacita. Meskipun kita kehilangan sesuatu yg amat bernilai kepada kita, janganlah berdendam kepada Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. Cuba kita ukur, banyak mana yg diambil daripada kita jika dibandingkan dengan apa yg diberikan-Nya. Apabila sesuatu musibah menimpa, mengapa harus kita berdukacita? Allah mengambil sesuatu daripada kita untuk memberikan sesuatu yg lebih baik lagi. Kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban hidup yg terlalu banyak. Masalah keluarga, masalah anak, masalah kerja dan lain. Selagi seseorang manusia itu hidup di bumi Allah, selagi itulah dia akan diuji dengan masalah. Jika seseorang yg tidak mahu berdepan dgn masalah maka dia tidak layak utk hidup di dunia ini. Masalah yg kita lalui akan mematangkan akal serta memantapkan peribadi kita.

No comments:

Post a Comment