Bagaimana perasaan bila kita disayangi?
Bila kita mula disayangi, kita akan rasa diri kita terlalu berharga.
Tambah-tambah lagi orang yang menyayangi kita adalah orang yang memang kita inginkan.
Perasaan itu akan menjadi satu perasaan yang terlalu istimewa.

Tetapi...
Bila kita sudah menyayangi seseorang itu dan akhirnya orang itu pergi meninggalkan kita?
Apakah perasaan kita ketika itu?
Sedih? Hampa? Pilu? Meraung? Kecewa? 
Semua perasaan itu bermain di dalam hati kita.
Saat itu hanya Allah yang mengetahui betapa remuknya hati kita.

Disebabkan itu, mulai sekarang jangan la kita cuba untuk memainkan perasaan seseorang itu.
Kerana apa yg kita cuba lakukan, kita akan kene berkali-kali ganda dari mereka yg dikecewakan.
Jika kita sayangkan seseorang, jagalah dia sebaik-baiknya. 
Dan janganlah kita meninggalkan seseorang yang ikhlas menyayangi kita hanya untuk orang yang kita sayang.
Kerana perkara itu mungkin akan mengecewakan kita satu hari nanti.

Semunya yang terjadi mempunyai hikmah segalanya.
Jangan kita selalu menyalahi Allah kerana tidak menunaikan permintaan kita
Sebaliknya kita semestinya memohon dan meminta supaya diberi petunjuk dan dijodohkan dengan orang yang baik.
Tetapi, ingat ya.
Jika kita inginkan seseorang yang baik untuk kita, dari sekarang kita kene berubah.
Kerana Allah telah menjanjikan.
Orang baik adalah untuk orang yang baik.
Maka, marilah kita bermuhasabah, dan kembali kepada Allah.


Luahan hati ~

No comments:

Post a Comment