Cinta Remaja.

Cinta ketika remaja? Adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu. Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik. Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui Mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, mereka anggap dunia ini ibarat mereka yang punya. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui Apa itu cinta dan Bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara Lelaki dan Perempuan perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalinkan tidak membawa kepada kekecewaan. Bagi perempuan cinta adalah sejenis emosi. Kepada seorang Lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Oleh itu, bagi orang Lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan Perempuan maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa. Oleh sebab itu, Lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada si Perempuan tidak kiralag melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun pernikahan. Maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi. Berlainan dengan Perempuan, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikkan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan istilah "CINTA" bagi Lelaki dan Perempuan.

No comments:

Post a Comment